TERMA & SYARAT
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PERKHIDMATAN UMRAH
1. Pelanggan perlu menghubungi HISAR TRAVEL SDN BHD untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
2. Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki(Quad/Triple/Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak ada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
3. Jumlah kanak-kanak mestilah tidak melebihi 10% untuk satu PNR.kumpulan. Jika melebihi 10% diskaunkanak-kanak tidak akan terpakai dan perlu membayar harga dewasa.
4. Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM800 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan bagimengelakkan pembatalan tiket.
5. Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai/perbankan atas talian/cek/ draf bank diatasnama HISAR TRAVEL Sdn Bhd melalui nombor akaun MAYBANK ISLAMIC: 562021636119Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu disrahkan kepada pihaksyarikat.
6. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
7. Setelah pengesahan umrah dibuat, sebarang perubahan kepada tempahan yang dipohon oleh pelangganakan dikenakan caj pindaan dari RM 50 atau RM300 seorang bagi setiap pindaan serta kos-kos yangterlibat kerana pindaan. Tiada perubahan yang boleh dibuat dalam masa 15 hari bekerja sebelum tarikhpenerbangan.
8. Pihak HISAR TRAVEL Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian bagiapa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.
9. Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat sekiranya pelanggan tidak mengunakan mana-mana perkhidmatan yang termasuk dalam pakej atas sebab peribadi.
10. Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti.perjalan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak HISAR TRAVEL Sdn Bhd terlebih dahulu.
11. Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yangdisebabkan oleh kenaikkan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaranmatawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak HISAR TRAVEL Sdn Bhd berhakmenaikkan harga pakej berdasarkan kenaikkan harga kos semasa melalui notis makluman.
12. Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasakeadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadualprogram, pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan HISAR TRAVEL Sdn Bhd tidakboleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
13. Pihak HISAR TRAVEL Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik sebarang tempahandan jadual perjalan, atau enggan menerima seseorang menjadi pelanggan sekiranya dia didapatimembahayakan keselamatan atau kesihatan, atau dia menganggu keselesaan dan keseronokan pelangganlain dalam kumpulan tersebut.
14. Pihak pengurusan HISAR TRAVEL Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadamatau menambah terma dab syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bilamasa tanpa notis terlebih dahulu.
15. Diskaun RM500 untuk kanak-kanak berumur 2 - 12 tahun dari harga dewasa
16. Bayi berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan bayaran RM 2500 (cukai lapangan terbang, visa & cajpengurusan).
17. Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan darimasa ke semasa.
Pakej Termasuk
​
1. Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
2. Permohonan Visa Pelancongan (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan ArabSaudi):
• Visa ini akan digunapakai dan hanya dibenarkan kepada pelanggan warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara.
• Visa sah digunapakai selama setahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenartinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukanberulang (multiple entry).
• Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan ArabSaudi.
• Pihak HISAR TRAVEL Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranyapermohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktortertentu atau faktor keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklahdirujuk terus kepada kedutaan Arab Saudi.
• Atau permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa ArabSaudi):
o Visa ini ini hanya akan digunapakai kepada warganegara selain Malaysia, Singapura, dan Brunei, atau mereka yang memerlukan dan tertakluk atasfaktor-faktor tertentu yang akan dinilai oleh HISAR TRAVEL Sdn Bhd.
o Pelanggan lelaki di bawah umur 18 tahun serta pelanggan wanita berumur 45 tahun ke bawah perlu kepada mahram.
o Pelanggan perlu mengemukakan salinan dokumen mahram yang disahkanoleh Jabatan Kerajaan berkaitan.
o Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Tempohmaksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali (single entry). Harga visa termasuk dengan pelaninsurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
o Pihak HISAR TRAVEL Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas kerugiansekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan ArabSaudi atas faktor-faktor tertentu atau faktor keselamatan. Setiappermohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada kedutaanArab Saudi.
3. Penginapan, makan dan minum serta pengangkutan di Arab Saudi termasuk cukai seperti mana dinyatakan di dalam pakej.
4. Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam pakej (tertakluk kepada kebenaran dan perubahanSOP semasa kerajaan Arab Saudi).
5. Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.
6. Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi).
​
Pakej Tidak Termasuk
​
1. Kos rawatan, ubat-ubatan, wad dan kuarantin di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi atau melebihiperlindungan insurans.
2. Perkhidmatan porter atau khidmat tambahan lain di lapangan terbang atau di Arab Saudi yang tidakdinyatakan di dalam pakej.
3. Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan cajlebihan timbangan bagasi.
4. Sebarang perubahan kadar matawang asing yang menyebabkan kenaikan harga penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan, cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
5. Program lawatan atau aktiviti ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.
6. Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.
​
Pembatalan Oleh Pelanggan
​
1. Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
2. Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi(sekiranya ada) atas nama Pengarah HISAR TRAVEL Sdn Bhd bagi mengelakkan salah faham.
3. Pembatalan yang melebihi tempoh 45 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan cajRM300 seorang atau 15% dari harga pakej mengikut mana yang lebih tinggi.
4. Pembatalan dalam tempoh 36 – 44 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 35% dariharga pakej.
5. Pembatalan dalam tempoh 16 – 35 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 50% dariharga pakej.
6. Pembatalan dalam tempoh 8 – 15 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj 75% dariharga pakej.
7. Pembatalan dalam tempoh 7 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh penerbangan akan dikenakan caj100% dari harga pakej.
8. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan HISAR TRAVELSdn Bhd.
​
Pembatalan Disebabkan Faktor Luar KawalanSyarikat
​
1. HISAR TRAVEL Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangkadan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaanMalaysia dan kerajaan Arab Saudi.
2. HISAR TRAVEL Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrahyang ditempah oleh pelanggan.
3. Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayarakan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut: Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej(mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk; Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikatpenerbangan atau; Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh HISAR TRAVEL Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
4. Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada semua syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan olehHISAR TRAVEL Sdn Bhd.
​
Pembatalan Oleh Syarikat
​
1. Sekiranya keadaan memerlukan HISAR TRAVEL Sdn Bhd membatalkan perjalanan pakej umrahdisebabkan kekurangan pelanggan atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutanatau penginapan, semua wang yang telah dibayar oleh pelanggan akan dipulangkan.
2. Pembatalan dalam tempoh 8 – 4 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyakRM150 seorang.
3. Pembatalan dalam tempoh 1 – 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan akan diberi pampasan sebanyakRM225 seorang.
4. Pembatalan pada hari penerbangan akan diberi pampasan sebanyak RM300 seorang.
Syarat-syarat Penerimaan Tawaran Tiket PenerbanganKelas Perniagaan
​
NAIK TARAF TIKET (SV) KELAS PERNIAGAAN
​
1. Pelanggan yang menaik taraf tiket penerbangan kepada kelas perniagaan, tempahan hanya akan dilakukanselepas tiket penerbangan kelas ekonomi dikeluarkan.
2. Tempat duduk dan jenis kelas (I / D / C / J) tertakluk kepada kekosongan semasa.
3. Bayaran deposit minima RM5,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf, bayaran penuh hargatambahan perlu dibuat selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
4. Tempahan hanya sah selama 1 jam sahaja. Sekiranya tiada pembayaran deposit dibuat, tempahan perludibuat semula tertakluk kepada kekosongan semasa.
5. Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkanmengambil kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut jenis kelas.
6. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
​
TEMPAHAN TIKET (SV) KELAS PERNIAGAAN ( FIT )
​
1. Tempahan boleh dibuat terus tanpa menunggu tiket ekonomi dikeluarkan.
2. Tempat duduk dan jenis kelas (I / D / C / J) tertakluk kepada kekosongan semasa.
3. Bayaran deposit minima RM5,000 tiket penerbangan (FIT) perlu dijelaskan ketika memohon. Bayaranpenuh perlu dijelaskan 45 hari sebelum penerbangan. Salinan muka depan passpot perlu diberikanbersama.
4. Sekiranya tiada jenis kelas yang sama ketika penerbangan pergi dan balik, pelanggan dicadangkanmengambil kelas berbeza dan harga akan berubah mengikut jenis kelas.
5. Pelanggan yang telah membayar tiket kelas ekonomi secara penuh, perbezaan harga tiket akan dipulangkan.
6. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
​
TEMPAHAN TIKET (SV) KELAS PERNIAGAAN (BERKUMPULAN)
​
1. Tempahan minima tiket kelas perniagaan berkumpulan sebanyak 10 orang pelanggan.
2. Jumlah kanak-kanak tidak boleh melebihi 10% daripada jumlah kumpulan dalam satu PNR.
3. Tempat duduk tertakluk kepada kekosongan semasa.
4. Bayaran deposit minima RM5,000 kelas perniagaan (berkumpulan) perlu dijelaskan ketika memohon, bayaran penuh perlu dibuat selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
5. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
​
NAIK TARAF TIKET (MH) KELAS PERNIAGAAN
​
1. Tempat duduk tertakluk kepada kekosongan semasa.
2. Bayaran deposit minima RM3,000 perlu dibuat ketika permohonan naik taraf dilakukan, bayaran penuhharga tambahan perlu dibuat selewatnya 45 hari sebelum penerbangan.
3. Bilangan tempat duduk terhad kepada 6 kekosongan sahaja setiap penerbangan.
4. Harga tertakluk kepada perubahan semasa syarikat penerbangan.
PEMBATALANNAIK TARAF TIKET KELAS PERNIAGAAN & TEMPAHAN TIKET KELAS PERNIAGAAN (FIT)
1. Pelanggan yang menaik taraf tiket kelas ekonomi kepada tiket kelas perniagaan atau membuat tempahantiket kelas perniagaan FIT tidak dibenarkan membuat pembatalan setelah tiket penerbangan dikeluarkan.
2. Sekiranya masih ingin membuat pembatalan, pelanggan akan dikenakan caj tambang penuh tiket kelasperniagaan yang telah dikeluarkan.
​
TEMPAHAN TIKET KELAS PERNIAGAAN (BERKUMPULAN)
​
Bagi tiket kelas perniagaan berkumpulan, pelanggan yang membuat pembatalan akan dikenakan caj tambang tiketseperti berikut:
1. Dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerbangan – 15% daripada harga tambang
2. Dalam tempoh 59 hari – 30 hari dari tarikh penerbangan- 25% daripada harga tambang
3. Dalam tempoh 29 hari – 15 hari dari tarikh penerbangan – 50% daripada harga tambang
4. Dalam tempoh 14 hari – Tiada bayaran balik tambang tiket penerbangan diberikan.
​
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PAKEJ MAKAN FULLBOARD
​
1. Definisi pakej makan yang biasa digunapakai oleh pihak hotel Arab Saudi terdiri seperti berikut.
• Fullboard – Sarapan pagi, makan tengahari dan malam secara bufet.
• Bed Breakfast – Sarapan pagi secara bufet.
2. Pakej makan Fullboard di Arab Saudi terbahagi kepada beberapa kelas.
• Fullboard International – Pelbagai jenis menu makanan antarabangsa sebanyak 3 kali seharidihidang secara bufet.
• Fullboard Far East – Pelbagai jenis menu makanan Asia sebanyak 3 kali sehari dihidangsecara bufet.
• Fullboard Far East Ekonomi – Jenis menu makanan Asia yang minima sebanyak 3 kalisehari dihidang secara bufet.
3. Pakej makan yang disediakan di hotel Makkah adalah Bed Breakfast International manakala di hotel Madinah adalah Fullboard Far East Ekonomi.
4. Pelanggan boleh memilih untuk menaik taraf pakej makan dari Bed Breakfast International kepadaFullboard International atau naik taraf pakej makan Fullboard Far East Ekonomi kepada FullboardInternational sahaja.
5. Sekiranya salah seorang pelanggan memilih menaik taraf pakej makan, semua pelanggan dalam bilikyang sama wajib menaik taraf pakej makan
jenis yang sama.
6. Sekiranya pelanggan tidak sempat menempah naik taraf pakej makan sebelum penerbangan, pelangganboleh membuat tempahan secara terus di restoran hotel dan bayaran boleh dibuat secara tunai ataumelalui kad bank.
​
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN BILIK KHAS HOTEL MAKKAH
​
1. Tempahan naik taraf bilik khas tertakluk kepada kekosongan semasa. Tempahan perlu dibuat sebulansebelum penerbangan.
2. Bayaran penuh bagi naik taraf bilik khas perlu dibuat ketika permohonan.
3. Bilik Side Haram View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari bangunan Masjid Al Haram dan bilik Kaabah View menampakkan sekurang-kurangnya sebahagian dari Kaabah.
4. Pembatalan tempahan bilik khas perlu dilakukan 2 minggu sebelum penerbangan. Sekiranya pelangganmembuat pembatalan tempahan kurang 2 minggu sebelum penerbangan, tiada pulangan wang akan diberikan.